2
DÉJÀ
VU? Tidak berkelip mata Amini. Tampang wajah lelaki yang menegurnya tadi kerana
menutup jalan itu seperti pernah dilihat sebelum ini. Ah, tidak mungkinlah dia
pernah berjumpa dengan lelaki-lelaki yang bergaya seperti itu. Dahinya
berkerut, dia memang pernah bersemuka dengan lelaki itu sebelum ini malahan
mereka pernah berbicara. Amini, Amini…
AMINI
berhenti di hadapan rak-rak produk. Matanya meliar mencari produk yang dikirim
oleh sahabatnya. Sesekali dia dan Misha berpandangan. Masing-masing malu untuk
menjatuhkan maruah masing-masing meskipun sudah berumur 24 tahun namun rasa
malu itu masih ada untuk perkara-perkara seperti ini. Sudah 5 tahun setengah
dia bermastautin di negeri ini tetapi dia bagaikan baru sahaja menjejakkan kaki
di negeri ini semalam. Banyak memori pahit dan manis yang dia kumpul di negeri
ini. Dia pelajari banyak perkara, dan kini dia bakal meninggalkan negeri ini
pula. Ini merupakan hari-hari terakhirnya di negeri Kedah, dia menghabiskan
masanya bersama dengan rakan-rakannya.
“Aku
tunggu kau di luar okey,” akhirnya Misha melarikan diri. Amini mengetap
bibirnya menghantar Misha dengan pandangannya yang hampa. Dia menggaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Di dalam hati dia berdoa agar dia tidak akan
bertemu dengan produk itu di kedai ini.
“Ya
cik, nak cari apa?” seorang pekerja datang menghampiri Amini.
“Err,
ada produk yang boleh pulihkan selaput dara tak?” tanya Amini perlahan namun
suaranya itu masih menarik perhatian pelanggan lain yang sedang berdiri di
belakang. Pelanggan itu memalingkan kepalanya, memandang Amini dari atas ke
bawah. Berkerut dahinya. Pekerja itu menganggukkan kepalanya tanpa bertanya
dengan lebih lanjut. Dia memberikan sebuah kotak kepada Amini.
“Berapa
harga?” tanya Amini.
“RM200,”
Amini
menganggukkan kepalanya. Dia berfikir sejenak. Betulkah produk yang di dalam
kotak ini akan memulihkan selaput dara? “Apa kesan sampingan kalau ambil produk
ni?” tambah Amini lagi.
Pekerja
itu mengukirkan senyumannya. “Terpulang kepada individu yang ambil, kami tak
menjamin sekiranya berlaku apa-apa sebab produk ini tak ada kelulusan daripada
Kementerian Kesihatan Malaysia.”
“Hah?”
terlongo Amini. Dia tidak seharusnya membahayakan nyawa semata-mata kerana idea
bodoh itu. “Tak apalah, terima kasih. Saya ambil yang ini.” Amini mengambil
bedak sejuk gamat yang selalu dia gunakan lalu diberikan kepada pekerja
itu.
Amini
sempat lagi memandang kotak produk yang sudah dikembalikan ke tempat asal. Dia
menggelengkan kepalanya. “Certainly not!”
“SORRY, aku lambat.” Rizal mengambil
tempat duduknya berhadapan dengan rakan-rakannya. Feri perlu ditunggu untuk
sampai ke Kuala Kedah. Dia memandang satu-persatu rakannya yang duduk.
Masing-masing ada minuman. Dia meletakkan beg plastik di bawah. Kakinya
melangkah menuju ke kaunter.
“Welcome sir, order please...”
“Bagi
I Iced Coffee Americano, ventti.”
“Iced Coffee Americano, ventti!! Semuanya
RM13.20.” Rizal mengeluarkan dompetnya. Sekeping not RM50 ditarik. Diberikan
kepada pekerja itu.
“Ohh, I’m ruined!”
Rizal
menoleh ke kirinya. Mencari suara itu. Perempuan tadi!
“Kau
tak beli?” sahabat perempuan yang sedikit berisi daripada perempuan tadi
bertanya. Hmm, nampak lagi cantik daripada sahabatnya yang mengeluh itu tapi
perempuan tadi nampak comel seperti orang yang berketurunan cina.
“Here’s your drink sir, thank you...”
Rizal
mengambil minumannya. Dia mengambil tempat duduknya semula. Meja mereka hanya
bersebelahan dengan meja perempuan itu. Dia memasang telinga. Perbualan dua
perempuan itu lebih menarik perhatiannya. Sesekali dia melirikkan matanya
melihat drama itu.
“Just tell her, you didn’t find it...”
Perempuan
tadi menganggukkan kepalanya sekali lagi. Dia meletakkan kepalanya di atas
meja. Rambutnya menutup mukanya. “Kesian dia, kalaulah parents dia tahu...” luah Amini lagi.
Misha
tersenyum. “Berani buat berani tanggunglah, yang kau nak sangat tawarkan
diri berjanji dengan kawan kau beli
benda tu buat apa?” marah Misha.
“Dia
kawan saya dari tingkatan satu lagi, mestilah saya kena tolong.”
“Kenapa
tak beli sahaja?”
“Kenapa
kena bahayakan kesihatan semata-mata nak kembalikan kesucian yang telah lama
hilang?” Amini bertanya semula. Misha mendiamkan diri. Betul juga! “Am I that bad?” kali ini Amini bertanya
lagi.
Misha
menepuk dahinya. Dia memegang gelas minuman yang sejuk terus ditekapkan di
kedua-dua belah pipi Amini.
“Argghh!!
Sejuklah!!” sepantas kilat dia menolak tangan Misha yang melekat di pipinya.
Amini mengelapkan pipinya yang basah itu menggunakan tangannya. Kumpulan Rizal
berhenti berbual, melirikkan pandangan ke meja Amini.
“Jangan
baik sangat boleh tak?” Misha menepuk pipi Amini. Amini memuncungkan bibirnya.
“MIMI!”
Amini
dan Misha mengangkat kepala. Seorang lelaki yang berbadan besar dan berkulit
gelap datang menghampiri mereka. Lelaki itu terus mengambil tempat di sebelah
Misha. Amini tersenyum. Amir memang
sukakan Misha dari dahulu lagi. Siapa yang tidak akan pernah melarikan matanya
dari memandang Misha? Misha umpama permata yang sentiasa menarik perhatian
mata-mata lelaki. Sungguh bertuah menjadi Misha! Dia juga tidak secantik Misha.
Amini memang mengetahui perkara itu sejak kali dia bertemu dengan Misha lagi
tetapi bukan sembarangan orang yang mampu menghuni hati itu. Misha bukan jenis
yang memilih, dia hanya setia.
Amir
meletakkan bakul kertas di atas meja. Dia sempat lagi mengangkat tangannya pada
pekerja Starbucks Langkawi itu. Dia juga salah-seorang pekerja di sana.
Memandangkan dia senior barista maka dia cukup dikenali.
“You guys tak mahu order minuman baru?” soal Amir sebaik sahaja terpandang gelas
kosong di hadapan dua perempuan itu. Misha terlebih dahulu menggelengkan
kepalanya. “Mimi...”
“Of course.
Caramel Macchiato, ventti
satu.” Amini menjungkitkan keningnya.
Amir
tersenyum. Amini tidak habis-habis dengan Caramel
Macchiatonya. Ke mana sahaja Amini pergi mesti memesan Caramel Macchiato. “Wait here,”
Amir berdiri. Misha membesarkan matanya. Amini tersenyum simpul. Sesekali
matanya bertaut dengan pemuda yang duduk di sebelahnya. Telefon bimbitnya
berdering.
“Excuse me,” Amini berdiri. Dia berjalan
keluar dari Starbucks. Kakinya melangkah ke kawasan lengang berdekatan dengan
tandas. “Hello, Acy!!” Amini membuat
suaranya yang ceria. “Ahhh, produk tu? Sorry babe, saya tak jumpa tapi kalau
produk minyak gamat tu banyaklah.” Dia berusaha menjaga ton suaranya agar tidak
terlalu menonjol yang dirinya sedang bercakap bohong. “Okay, bye. Sorry okay,” ujar Amini sebelum mematikan talian. Dia
menarik nafas sedalam-dalamnya. Tangannya di angkat. “Wahhh, relief!!” senyuman terukir di bibirnya.
Dia
menurunkan tangannya. “Ehhhh!!” tangannya dilanggar dari belakang.
Hampir-hampir dia terjatuh. Mujurlah orang yang melanggarnya cepat-cepat
menangkap pinggangnya. Kalau tidak, jatuh ke lantailah alamatnya.
Nafasnya
bagaikan terhenti seketika. Terbuka luas matanya. Lelaki itu juga memandangnya.
Tidak berkelip. Amini tersedar. Cepat-cepat dia kembali ke kedudukan asal atas
pertolongan lelaki itu. Dia menundukkan kepalanya.
“Minta
maaf,” pintanya. Dia membetulkan langkahnya. Langkahnya mati. Dia menoleh ke
belakang. Pipinya terangkat. Bibirnya mengukirkan senyuman. “Thanks...”
“Produk
itukah yang buat you macam ni?” Rizal
menghampiri Amini. Berkerut dahi Amini. Tiba-tiba sahaja lelaki yang tidak
dikenali ini sibuk akan hal dirinya
“Sorry,”
“Penting
sangatkah sampai perlu beli produk untuk kembalikan virginity?” soal Rizal. Matanya memandang tepat ke arah Amini.
“Encik
nak seorang perempuan yang sudah ditebuk menjadi isteri encik?” Amini menjawab
dengan memberikan soalan.
“Kenapa
tak beli sahaja?” duga Rizal.
Amini
mengigit bawah bibirnya. “Saya tak peduli asalkan saya tidak kehilangan kawan
disebabkan kesan sampingan daripada produk yang bakal dia ambil nanti. Kita tak
tahu apa kesan sampingan itu, mungkin akan menyebabkan kematian.” Lambat-lambat
Amini menjawab. Dia memandang ke bawah. “Saya sayang kawan saya,” beritahunya.
Rizal
mengamati raut wajah yang ada di hadapannya. Bukankah perempuan itu yang dia
jumpa di Eagle Rock tidak lama dahulu? Perempuan itu turut meneguk minuman
keras. Dua orang temannya mabuk tetapi tidak perempuan ini. Hmm, nampaknya
perempuan ini bukanlah dalam kalangan baik-baik. Kenapa perlu berlagak baik?
Entah-entah dia sendiri beli produk itu untuk dirinya sendiri... bisik hati
Rizal.
“JOM!” Afiq, abang kepada Amir mengajak mereka pergi
ke jeti menanti feri. Ada Carrie di sisi Afiq. Amini dan Misha mengangkat
punggung. Barang-barang terus sahaja di angkat. Mereka berjalan melintasi meja
lelaki yang menegur Amini sebentar tadi. Sedikit pun Amini tidak menoleh.
“Tak
payah check lah noh...” tegur Amir
kepada seorang pekerja imigresen yang berjaga di kawasan pemeriksaan beg sambil
mengangkat beg kertas yang dibawanya bersama sebentar tadi. “Ahh, jom, jom tak
payah check,” ajak Amir kepada
mereka. Cepat sahaja mereka melintasi kawasan imigresen itu tanpa sebarang
pemeriksaan pun. Teman Amir rasanya, bisik hati Amini. Lelaki itu memang banyak
kenalan.
“Kawan
hangkah?” tanya Afiq.
Amir
tersenyum bodoh. “Tak tau, tak kenai pun...”
“Hah?”
Amini dan Misha berpandangan sesama sendiri.
OH
TIDAK! Amini menepuk dahinya. Jam di pergelangan tangannya dikerling
berkali-kali. Dia terlalu mengingati peristiwa lalu sehingga terlupa akan
seminar yang berjalan tidak lama lagi.
Dia
mempercepatkan langkahnya. Hotel Promenade yang terletak di bahu jalan itu
tidak berapa jauh dari kawasan pejalan kaki. Tidak sampai satu kilometer pun
hanya tinggal satu ratus meter.
Dari
jauh dua pasang mata sedang memerhatikan langkah Amini yang tergesa-gesa menuju
ke hotel itu melalui jalan belakang. Mereka berpandangan sesama sendiri.
“Siapa
perempuan itu? Kau kenalkah?”
Lelaki
itu menjungkitkan bahunya. Dia juga pelik melihat perempuan yang berdiri di
tengah jalan untuk masa yang lama. Mahu dikatakan sesat, tidak juga. Perempuan
itu seperti memerhatikan kawasan di sekitarnya seperti rusa masuk kampung.
“Dia
tengok kau lain macam sahaja dari tadi,” tambah sahabatnya lagi. Lelaki itu
tertawa. Mana ada perempuan yang tidak akan memandangnya, hanya lesbian sahaja
yang tidak berminat dengan lelaki sepertinya.
“Macam
kau tak tahu, kalau aku tegur mesti umpan yang dia pasang mengena.” Lelaki itu
menjawab. Dia mengalihkan pandangannya pada perempuan yang mengenakan baju
berkolar berwarna putih itu dan berkasut tinggi berwarna putih. Mahu dikatakan
salah seorang pekerja hotel itu, tidak mungkinlah. Perempuan itu tidak ada muka
seorang pekerja hotel mungkin juga orang dari Semenanjung Malaysia. Boleh jadi…
No comments:
Post a Comment