TIDAK! Ingin sahaja dia teriak bila dia
terpandang IV drip yang dipasang pada tangan kanannya. Bawah bibirnya diketap.
Jembalang manalah yang memasang IV drip pada tubuhnya ini? Dia mahu benda itu
keluar dari tubuhnya!
Amini
membuka matanya dengan lebih luas lagi. Dia ternampak dua susuk itu masih ada di
situ. Berbicara mengenai sesuatu yang dia tidak mampu untuk mendengar. Derianya
lemah. Dia seolah-olah tidak dapat menajamkan telinga lintahnya ini.
Bila
dia bangkit, dua pasang mata memandang ke arahnya. Amini memandang pada botol
IV yang sudah kosong itu.
Aku
benci kau! Marah Amini pada botol kosong yang tersangkut pada tiang itu.
Rizal
sudah meluru mendekatinya dengan muka yang kusut itu. “Ami, okey?” tangan itu
diletakkan pada atas kepada Amini dan mengusap-usap kepala itu perlahan.
“Much better now?”
doktor itu bertanya kepada Amini.
“Okey,”
hanya itu sahaja yang dijawab oleh Amini. “Boleh buka benda ni?” dia
menunjukkan tangannya yang masih terlekat jarum.
Tersenyum
doktor itu. Dia menekan pada kulit yang dimasukkan jarum itu sebelum menarik
keluar jarum itu. “You are free now,”
usik doktor itu sambil tersenyum, seolah-olah tahu sahaja yang Amini tidak
sukakan benda yang dipasang masuk ke dalam tubuhnya.
“Thanks,”
Amini membelek-belek tangan kanannya. Dia sudah menurunkan kakinya.
Terjuntai-juntai kaki itu dari atas katil. Dia ingin melompat turun tetapi
Rizal sudah meletakkan tangannya dia bawah ketiaknya, menurunkan dia dari katil
seperti seorang bapa menurunkan anaknya dari tempat yang tinggi.
“Saya
boleh balikkan?” tanya Amini pada doktor itu. Doktor itu memberikan
senyumannya.
“Ya,
puan dah boleh balik. Dapatkan rehat yang mencukupi dan jangan lupa jaga
pemakanan puan.” Bla, bla, bla… berputar-putar otak Amini 360 darjah apabila
mendengar nasihat yang berjela-jela keluar dari doktor itu. Dia sudah lali
dengan nasihat seperti itu.
“Encik boleh ambil ubat
di kaunter,” pesan doktor itu kepada Rizal sebaik sahaja menamatkan nasihatnya.
Urg! Akhirnya…
“KENAPA
tak makan tengahari?” tanya Rizal. Amini mendengus. Dia benci mendengar suara
itu. “Jawablah, mulut tak ada ke?”
“Kau
buat apa nak kisah hal saya? Jangan nak berlagak jadi suami mithalilah Rizal.
Kau sengaja nak buat saya terhutang budi dengan kau kan...” tuduh Amini
sepertimana Rizal menuduhnya berlagak seperti seorang isteri mithali sebentar
tadi.
“Yes, I am. I memang nak you
terhutang budi dengan I.”
“Saya
tak ada duit nak bayar, bukankah saya kahwin dengan kau pun semata-mata kerana
duit.” Amini membidas dalam nadanya yang masih menahan sakit.
Rizal
tersenyum. Sakit-sakit pun masih nak bergaduh dengan aku. “Kalau dahulu pepatah
ada berkata, budi dibalas dengan budi tetapi pepatah orang zaman sekarang, budi
dibalas dengan body. By the way, did I
asked you to pay me for the expenses?” dia menjungkitkan kening kanannya. “Youlah perempuan materialistik bimbo I pernah jumpa.”
Amini
terkesima. Dia kata aku BIMBO!
“I nak you pindah masuk ke rumah mama.”
“Kenapa
pula?” soal Amini tidak berpuas hati. Rizal membesarkan matanya seolah-olah
mahu menelan Amini hidup-hidup.
“Syurga
itukan di bawah tapak kaki I. Betul
tak cikgu? Lagipun, I tak nak tinggal
sorang-sorang dalam rumah tu. I lebih
suka jika you ada depan I, boleh
serabutkan mata I sikit.”
Amini
terdiam. Serabutkan mata? Hatinya terguris. Buruk sangatkah dia di mata lelaki
ini sehinggakan Rizal mengatakan dia sedemikian rupa? Amini mengangkat
kepalanya memerhatikan Rizal yang sedang menuju ke kaunter ubat sebaik sahaja
namanya dipanggil. Selesai sahaja jururawat memberikan penerangan dia segera
membawa Amini keluar daripada klinik itu.
“Hantar
saya ke tempat tadi,” pinta Amini perlahan. Rasanya dia tidak betah duduk
bersama dengan lelaki itu lagi. Ada saja kata-kata menyakitkan hati yang
diucapkan oleh lelaki itu akan membuatkan hatinya terluka.
“Nak
buat apa?”
“Saya
nak ambil kereta saya semula.”
“I dah minta Pak Mat ambil kereta tu.
Kereta you dah selamat sampai ke
Teratak Senja. Sekarang ini, you kena
stay dengan I di rumah I dahulu.”
Mulut
Amini bagaikan dikunci rapat. Dia tidak berkata apa-apa lagi. Syurganya
sekarang di bawah tapak kaki suaminya. Kalimat itu terngiang-ngiang di
telinganya. Mahu tidak mahu dia terpaksa menurut walaupun hatinya melarang
keras.
Dia
mengangkat tangannya. Baru berkira-kira untuk menilik jam tangannya. Amini
tergamam. Ke mana hilangnya jam tangan dia? Beg tangan yang tersangkut di bahu
habis diselongkar. Amini menarik nafas dan menghelanya perlahan sebelum mencari
lagi jam tangannya semula. “Siraatal mustakim,” ucapnya perlahan, berharap agar
Allah dapat memberikan dia jalan untuk menemui semula barang yang hilang itu.
“Cari
apa?” Rizal bertanya. Pelik pula dia lihat Amini yang sedang kalut itu.
“Ada
nampak jam tangan saya tak?” tanya Amini dengan muka risaunya.
Rizal
tercengang. Lahh itu rupanya dia cari dari tadi ingatkan apa, hatinya berbisik.
“Tak apalah, hilang boleh beli baru...” jawab Rizal acuh tak acuh. Amini
mengangkat kepalanya.
“Jam
tu jam tangan pertama yang saya beli menggunakan duit elaun pertama saya tau.
Kau tak akan tahu nilainya...” Amini membuang pandangannya ke tempat lain.
Hampa dengan Rizal yang langsung tidak memahaminya. Alangkah bagusnya kalau
perkahwinan ini tidak pernah wujud.
Rizal
menggaru dahinya. Dia buat-buat senyum apabila pesakit klinik melintasi mereka
berdua. Cepat sahaja tangannya memaut bahu Amini menarik tubuh itu ke tepi,
rapat ke sisinya bagi menggelakkan Amini daripada menghadang jalan pesakit yang
lain.
No comments:
Post a Comment