Saturday, 18 May 2013

Novel : Cinta Antara Kita Bab 10


      “APA masalah lagilah pula ni?” Amini melihat satu-persatu bahagian-bahagian pada enjin keretanya. Keretanya tiba-tiba tersengguk-sengguk. Terpaksalah dia menghentikan keretanya di bahu jalan. Kalau tayar pancit, sudah tentulah dia boleh menukar tayar keretanya tapi ini masalah pada enjin kereta. Habis baterikah? Tidakpun, starter ada masalah…
            Amini mencekak pinggangnya ditepi jalan sambil memandang keretanya lagi. Banyak kereta yang membunyikan hon kepadanya. Bunyi hon tapi tiada siapa yang mahu membantu.
            Pon!! Bunyi hon kedengaran sekali lagi. Amini tidak ambil peduli. Kereta yang membunyikan hon sebentar tadi kini berhenti di hadapan keretanya. Tertoleh juga Amini. Terkedu dia. Erk!
            Seorang lelaki yang cukup bergaya dengan baju kemeja pejabatnya yang berwarna biru pudar, bertali leher, berkasut kulit hitam dan berkaca mata itu turun menghampirinya. Kaca mata hitamnya ditanggal.
            “Kenapa pakai kereta buruk ni?” soalnya tiba-tiba.
Amini mengetap bibirnya, menahan geram. “Excuse me, kereta buruk?” Amini terus sahaja memeluk tubuhnya. Kereta buruk kau kata? Kau tunggulah kereta D-Max aku sampai dari Penang nanti.
Rizal mendekati jeep merah milik Amini, berkerut dahinya. “Pergi hidupkan enjin kereta,” arahnya pada Amini. Tanpa banyak bicara, Amini terus sahaja memusingkan kunci, menghidupkan enjin. Hanya bunyi sahaja kedengaran, enjin tidak juga hidup-hidup. Amini mendekati Rizal semula. “Bateri weak. Kau nak pergi mana sebenarnya?” soal Rizal pada Amini. Dia memandang Amini dari atas ke bawah. Amini mengenakan sehelai blouse kelabu, berseluar jeans denim dan berkasut tinggi. Wajah itu turut didandan. Rambut Amini turut dibentuk dengan baik. Bergetar juga jiwa lelakinya. Sakit juga hati bila perempuan yang bergelar isterinya itu ditatap oleh mata-mata buaya darat yang lain.
            “Saya mahu beli barang sikit,” jawab Amini. Rizal mengangkat tangannya. Dia melirik pada jam di tangannya.
            “Kereta you tak dapat start, I pun tak ada bawa jumper.” Rizal diam sebentar. “Kunci kereta you, I call kereta penunda and I’ll drive you.”
            Amini tidak berkata apa-apa. Bukankah dia dan Rizal sudah saling berjanji yang mereka tidak akan bertembung di antara satu sama lain?
            But, after I siapkan kerja I dahulu. You kena ikut I pergi ofis dahulu.”
            “Hah?”
            “Alah, ofis I pun bukannya jauh dari Centre Point.” Rizal berkata dengan selamba. Kalau Amini datang bersama-sama dengannya ke pejabat, agaknya apa reaksi pekerja-pekerja di pejabatnya itu. Selama ini dia tidak pernah membawa Nelly ke pejabatnya melainkan Nelly yang datang dengan sendirinya.

            AMINI jalan di belakang Rizal. Apabila Rizal menghentikan langkahnya, hampir-hampir sahaja Amini terlanggar tubuh tinggi itu. Kurang asam punya Rizal!
            “Kenapa jalan lambat sangat ni?” kritik Rizal
            “Kenapa mesti pergi ofis dulu?” tanya Amini.
            Rizal mengangkat tangannya dan dilambai-lambaikan di hadapan Amini. “Hello darling, I’m in a working hour. Time is money, honey, even klien yang mendapat khidmat konsultan pun kena charge. Masa itu emas, so time is money.” Dia meletakkan tangannya di atas bahu Amini. “Apabila masa itu emas, kita kena kejar bukan terhegeh-hegeh. Orang government macam you all mesti tak tahu benda-benda macam ni kan…” sindir Rizal.
            “Excuse me,”
            “Kenapa? Marah?”
            “Kau pergi kerja dan saya dengan tujuan saya. Okey?” Amini memberikan lelaki itu pilihan.
            “Tak okey, you kena stay dengan I dulu selepas itu, kita pergi shopping.
            Amini menepuk dahinya. Kenapa mesti lelaki ini harus pergi bersama-sama dengannya? Dia tidak biasa pergi membeli-belah bersama dengan orang lelaki apatah lagi Rizal. Pasti lelaki itu merungut sekiranya melihat dia membuang masa dalam mencari barang.
           
STAF-STAF syarikat itu tidak berhenti-henti mengangkat kepala mereka menjenguk ke dalam bilik Rizal. Masing-masing berbisik sesama sendiri. Perempuan itu datang bersama dengan Rizal. Berdasarkan pada wajah itu, sama seperti wajah perempuan yang ada bingkai gambar Rizal di meja. Pasti itu isteri yang baru dinikahinya. Senyuman mesra yang manis itu tidak pernah terlepas dari bibir perempuan itu.
            “Ahhh, she got a smiling face…” bisik salah seorang daripada pekerja di syarikat itu kepada rakannya yang duduk di meja sebelah. Rakannya menganggukkan kepala, tanda setuju.
            “Anything you want to drink?” tanya Rizal pada Amini yang sedang duduk di hadapannya. Amini yang sedang menongkat dagu itu menggelengkan kepalanya. Mulutnya dimuncungkan. Tersenyum Rizal, ada masanya Amini akan membuatkan dia merasakan yang ada di hadapannya ini bukan seorang wanita yang bergelar seorang guru. Amini boleh menjadi kanak-kanak pada masa-masa tertentu.
            “Saya selalu berangan masa kecil, once saya dah kerja saya akan duduk di dalam ofis seperti ini bukannya menjadi seorang guru.” Amini mula membuka mulutnya. Rizal yang sedang menaip terhenti seketika. Dia mengangkat kepalanya semula, mendengar cerita selanjutnya daripada Amini.
            “Jadi, kenapa pilih kerjaya guru?” tanya Rizal menunjukkan minat pada cerita Amini. Dia berdiri, menuju ke meja pelannya. Dia tidak mengalihkan pandangannya dari Amini, menanti-nanti jawapan keluar daripada mulut itu.
            Amini mengambil pen yang ada dihadapannya. Amini tidak menjawab, dia hanya senyum. Kedinginan penghawa dingin mulai terasa, sudah beberapa kali dia mengusap-usap lengannya. Amini meletakkan lengannya di atas meja. Kepalanya diletakkan di situ dan matanya ditutup perlahan.
            Baju kot yang Rizal sangkut di belakang bangku itu dia ambil, dia menutup tubuh itu menggunakan kotnya. Tidak sedar banyak mata-mata yang sedang memerhatikan pergerakan mereka.
            Rizal memerhatikan Amini yang terlena itu. Tangannya yang ada dibahu itu mengusap-usap lembut bahu Amini, sebelum dia meneruskan kerjanya.
            Pintu bilik Rizal dibuka. “Encik Riz…” belum sempat pembantunya meneruskan ayatnya Rizal terlebih dahulu memberi amaran kepada pembantunya itu dengan meletakkan jari telunjuknya di atas bibir. Rizal menoleh pada Amini. Syukur, Amini tidak terjaga. Dia memandang pada pembantunya. Dia menganggukkan kepalanya. Dia tahu, Puan Chong mahu berjumpa dengan mereka semua. Jadi, dia kena tinggalkan Amini sebentar sementara dia menghadiri mesyuarat.
           
            TERJENGUK-JENGUK Rizal ke dalam biliknya. Pelik? Ke mana sudah Amini menghilangkan diri? Lama sangatkah dia menunggu? Johan yang ada disebelahnya pun naik hairan, sejak keluar dari bilik mesyuarat Rizal terjenguk-jenguk akan pejabatnya.
            “Encik, isteri encik pesan yang dia keluar dahulu,” beritahu pembantunya sebaik sahaja Rizal melintasi mejanya. Terkedu Rizal. Amini keluar? Terjungkit kening Johan. Jadi inilah yang dikhuathirkan oleh Rizal sejak tadi?
            “Oh, okey.” Rizal terus melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. Susah sangatkah tunggu sebentar? Bentaknya di dalam hati. Amini memang selalu sahaja macam itu. Fail yang ada di hadapannya ditarik dan dibuka lembaran kertas itu satu-persatu. Ke mana agaknya Amini pergi? Soalnya di dalam hati. Kalau dia turun ke Centre Point, dia akan bertemu dengan Aminikah?
            Jangan jadi gila Rizal. Jelas-jelas perempuan itu tidak mahu kau ada bersama dengannya. Telefon bimbit Rizal berdering.
            Hah! Panjang pun umur.

            AMINI mengetap bawah bibirnya. Mati-mati dia menyalahkan dirinya yang pelupa itu. Sedang dia berjalan lenggang-lenggok melalui kawasan KK Plaza itu, dia baru sahaja teringat akan beg tangan yang ada di dalam kereta Rizal. Dia hanya membawa telefon bimbit itupun dia sentiasa masukkan telefon bimbitnya di belakang kocek seluarnya.
            Dia mengerling pada jam di tangannya. Lambatnya lelaki ini! Sudah hampir jam 5 petang. Kalau dia lewat, dia memikirkan kenderaan balik pula. Keretanya pula rosak, perkhidmatan bas pula paling lewat pun pada jam 7 petang. Mana sempat…
            Geram dia melihat Rizal yang sedang jalan beriringan dengan rakannya. Masih boleh berbual dan tergelak-gelak?
            “Hi sayang, ingatkan tak nak tunggu I tadi.” Lelaki itu menegurnya sambil memberikan senyuman mengejek paling menyampah yang Amini pernah lihat. Kalau boleh, dia mahu carik-carik bibir itu.
            Tak boleh Amini.
            Kenapa? Marah Amini di dalam hatinya.
            Sebab kau pendek, kau tak akan sampai…
            Aduhh!! Menusuk kalbu betul peringatan hatinya itu.
            Senyuman itu dibalas dengan senyuman paling manis yang Amini pernah beri pada lelaki itu. “Hurm, charming. Saya saja jalan-jalan, boring duduk dalam bilik pejabat kau.”
            “So, kita nak pergi mana? Centre Point? Suria Sabah? 1 Borneo? City Mall? Karamunsing? Your choice is in your hand sweetheart.” Rizal meletakkan tangannya di atas bahu Amini. Kasut tinggi yang dikenakan Amini membuatkan Amini sudah tinggi melepasi bahunya. Dia memandang ke bawah. Mak oii!! Tingginya… mampukah Amini berjalan dengan kasut seperti itu?
            Satu kucupan singgah dirambut Amini. Terkejut Amini. Terus sahaja dia mengangkat kepalanya. Besar matanya memandang lelaki itu. Marah dengan perbuatan Rizal yang mengada-ngada. Tapi, lelaki itu memberikan senyuman pula kepadanya. “Jom.”















No comments:

Post a Comment