AMINI melihat wajahnya di dalam cermin.
Matanya diarahkan pada gaun yang dikenakan pada tubuhnya. Gaun terjun yang
dibeli tadi. Sekadar penyamaran, bagi menyamakan taraf pakaiannya dengan Rizal.
Dia faham dengan riak muka yang ditunjukkan oleh Rizal mengenai pakaiannya.
Tapi apa boleh buat? Dia seorang yang sederhana. Tidak apa-apa yang menarik
mengenai dirinya.
“Hei!
Bakal pengantin duduk termenung? Hilang seri tau!” satu tepukan singgah di bahu
Amini. Dia mengangkat kepalanya. Wajah teman serumahnya dipandang melalui
cermin.
“Kahwin
paksa Su, buat apa nak kisah? Kami tak ada kisah cinta untuk dikongsi bersama
lagipun dia ada teman wanita.”
Terjungkit
kening Suraya. “Macam mana kau tahu bakal suami kau ada teman wanita? Kau orang
tak kenal satu sama lain kan…”
Amini
berdiri. Dia beralih ke tilamnya. “Babe,
saya kenal Puan Mahani dah lama. I know a
bit about her family. Saya pernah nampak Rizal dating dengan girlfriend
dia. They are lovely couple dan
saya pula seorang perampas kebahagiaan orang.”
“Macam
mana kau tahu itu girlfriend dia?”
“Kawan
saya kenal dengan perempuan tu. Perempuan tu cantik, pernah menyandang Ratu
Unduk Ngadau Sabah, pernah join Supermodel Sabah dan seorang pemegang ijazah
dalam perbankan.” Amini cuba membandingkan dia dengan perempuan yang pernah
dilihatnya. Memang dia tidak dapat menandingi kekasih Rizal itu.
Suraya
menggelengkan kepalanya. Dia mengambil tempat di sisi Amini. Dia memegang muka
Amini. “Mari sini aku tengok muka kau cantik atau tak,” ujarnya dalam nada gurau.
“Gila!”
Amini terus menepis tangan Suraya. Suraya merebahkan tubuhnya terlentang di
atas tilam Amini.
“Siapa
kata kau tak cantik? Mana ada perempuan yang tak cantik. Allah dah jadikan
semua makhluk ciptaannya dalam keadaan yang sempurna. Kau ada hidung, mata,
telinga, mulut dan anggota lain yang semuanya dalam keadaan sempurna. Kau harus
bersyukur semua itu…” Suraya menasihati.
“Siapa
kata saya tak bersyukur?”
“Tadi
tu…”
“Mana
ada,” sangkal Amini lagi. “Su…”
“Hmmm…”
Amini
menoleh ke arah Suraya. “Saya tak cintakan dia tapi saya tak boleh berbuat tak
endah sebab saya tak mahu keluarga-keluarga saya yang lain tahu akan perkara
ini. Mereka tak boleh tahu yang saya terpaksa berkahwin dengan Rizal kerana
ingin membayar hutang itu. Saya nak mereka tahu yang saya berkahwin dengan
lelaki yang saya cinta dan lelaki yang cintakan saya.”
“Kau
dah berjumpa dengan Rizal?” soal Suraya.
Amini
menganggukkan kepalanya. “Saya baru pulang dari berjumpa dengan Mr.Beast tu,” jawab Amini selamba.
Tangannya mencapai beg plastik yang dia letakkan di sisi tilamnya.
“Mr.Beast?”
“Yeah,
Mr.Beast aka Mr.Rizal.”
“Amini!
Tengok, belum apa-apa lagi kau dah cop negatif.”
“He scared me!”
Suraya
menepuk dahinya. “Ya Allah! Macam mana nak jadi isteri solehah kalau kau dah
label dia macam-macam…”
“Alah,
bukannya dia tahu lagipun dia pun label saya perempuan materialistik apa,”
bidas Amini.
“He called you what?”
“Perempuan
materialistik,” jawab Amini perlahan. Bagaikan tercabut nyawa Suraya. Dia tidak
menyangka begini pula kejadiannya. Dia sendiri tidak tahu apa yang bakal
berlaku dalam kisah rumah tangga Amini nanti. Masing-masing mempunyai tanggapan
yang negatif. Amini dengan Mr.Beast
dan lelaki itu dengan perempuan materialistik. Padahal, hari perkahwinan sudah
ditetapkan. Tidak ada masa untuk berhenti.
PON!
PON! PON! Bunyi hon yang membingitkan telinga itu membuatkan Amini dan Suraya
terkejut di pagi hari. Langsir dibuka sedikit.
“Siapa
pula mamat tu? Pagi-pagi lagi dah memekak!” marah Suraya.
“Lelaki
mana?” tanya Amini.
“Entahlah,
macam dia sorang saja ada kereta. Huh!” Suraya berlalu ke dapur semula. Amini
terus mengambil tempat Suraya. Mengintai.
“Ya
Allah! Apa lagi dia buat kat sini?”
“Kenapa?”
“Rizal
datang,” jawab Amini.
“Oh!”
Suraya tersenyum kambing. Dia baru sahaja menyumpah seranah lelaki itu dalam
hatinya. Ahh, tak apa! Bukannya dia tahu pun…
Amini
membuka pintunya. Kakinya melangkah keluar. Lelaki itu mengenakan seluar panjang
berpoket tepi berwarna khaki dan sehelai baju t berwarna kelabu.
“Buat
apa datang pagi-pagi lagi ni?” soal Amini dalam nada yang tidak puas hati.
Rizal hanya tersenyum sinis.
“Well honey, is that welcoming greet for
your future husband?”
Amini
menggigit dalam bibirnya. Dia memandang lelaki itu dengan matanya yang
membulat.
“Your dad called me, he asked me to go
fishing with him.”
“Hah?”
Bapa
ajak Rizal pergi memancing? Bijak, bijak…
“Memandangkan
hari ini hari Ahad, I free so I accept.
Dan, you kena pergi dengan I.” Rizal menjungkitkan keningnya.
“Kenapa
saya kena pergi juga?”
Rizal
membongkokkan tubuhnya. Matanya memandang Amini. “Sebab, I tak mahu orang tahu cerita yang sebenar di sebalik perkahwinan
paksa kita ni. Mama I dah canang
cerita yang I totally fall in love with
you. And I’m the one who asked her to
proposed you.” Perlahan-lahan Rizal memberi penerangannya kepada Amini.
“Crap!!”
“Isn’t it.” Rizal meletakkan tangannya
di atas bahu Amini. “So, tunggu apa
lagi? Tukar pakaian dan ikut I pergi
memancing. I tak tahu memancing,”
akui Rizal.
“Kalau
tak tahu kenapa nak pergi juga?” sindir Amini.
“Sebab
I tak mahu kecewakan bapa mertua I.”
“Bakal
bapa mertua,” Amini memperbetulkan.
“Whatever…”
“Tunggu
di sini atau kau nak masuk ke dalam?” tanya Amini.
Rizal
membetulkan kaca mata hitamnya.“I better
wait in my car. Make yourself hurry!”
Amini
terpaksa pergi sekali lagi dengan Rizal, kali ini juga terpaksa. Dia tidak tahu
dia perlu berbuat apa lagi melainkan pergi memancing bersama-sama dengan lelaki
ini.
“Haih!
Muka kelat lagi...” tegur Suraya sebaik sahaja Amini menapak masuk ke dalam
rumah semula.
“Saya
nak keluar dengan Rizal. Malam ni saya cerita...” Amini tahu Suraya butuhkan
penjelasan darinya tapi dia perlu cepat. Laju kakinya menaiki anak-anak tangga.
Baju dikeluarkan dari kabinet. Beg galas dicapai, dia memasukkan semua
barang-barang keperluan.
“Su, I need your favour. Tolong tapaukan
saya sarapan pagi. Bekas air ada dalam almari...” laung Amini dari atas.
“Okay darling!!” jawab Suraya dari
bawah. Selang beberapa minit kemudian, Amini turun.
“Thanks babe! Saya pergi dulu!” bekas
makanan itu dimasukkan ke dalam beg. Amini mencapai kasut getahnya dahulu
sebelum berlalu dengan sandalnya. Pintu kereta Amini buka. Cepat sahaja dia
meloloskan badan masuk ke dalam kereta tersebut. Beg galasnya diletakkan di
bahagian belakang. Terjungkit kening Rizal. Matanya tertancap pada pakaian yang
dikenakan oleh Amini. Seluar hiking
bottom berkocek dan dipadankan dengan baju tanpa lengan. Tidak mungkinlah
Amini pergi memancing dengan mengenakan pakaian terdedah seperti itu? Bisik
hatinya. Pandangan matanya beralih di atas riba Amini. Sehelai jaket berwarna
khaki dan topi. Oh! Fahamlah dia sekarang.
“Bapa
pancing di mana?” soal Amini.
“Lagoon,” jawab Rizal.
“Okey,
so tunggu apa lagi. Jalanlah...”
No comments:
Post a Comment